Volvo & Geely perkukuh kerjasama teknikal, tolak gabungan penuh

oleh Mohamad Hanif|
Volvo dan Geely Auto memperluaskan lagi kerjasama antara kedua-dua belah pihak dengan bersetuju untuk meningkatkan pembangunan bersama teknologi masa hadapan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Akan tetapi, Volvo dan Geely bersepakat untuk menolak perancangan penggabungan penuh seperti yang telah dilaporkan sebelum ini.

Tahun lalu, terdapat perancangan untuk menggabungkan kedua-dua Volvo dan Geely Auto, namun berdasarkan laporan terbaharu mereka kini boleh mendapat keuntungan yang lebih dengan meningkatkan kerjasama disamping mengekalkan identiti masing-masing.

Perjanjian terbaharu ini bakal menyaksikan perkongsian senibina kenderaan elektrik yang membenarkan keempat-empat jenama (Volvo, Geely Auto, Lynk & Co dan Polestar) memperluaskan lagi portfolio produk, serta pembangunan platform generasi baharu untuk kegunaan kenderaan swapandu termaju untuk dekad akan datang.

Selain daripada itu, Volvo dan Geely juga akan bekerjasama membangunkan teknologi terhubung, perisian yang berkaitan, serta mengadaptasi pembelian bersama untuk mengurangkan lagi kos.

Menurut bos Volvo Hakan Samuelsson, keputusan untuk meningkatkan kerjasama itu "merupakan cara terbaik untuk mencapai kombinasi yang kuat, selain menjadikan kedua-dua syarikat lebih kukuh."

"Volvo dan Geely merupakan syarikat automotif yang pantas berkembang, jadi adalah penting bagi kami untuk mengekalkan keupayaan untuk terus berkembang tanpa kehilangan momentum.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…
Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…