Dengan Gemini, pemandu dan penumpang boleh berinteraksi melalui suara dengan lebih lancar untuk pelbagai fungsi seperti menghantar mesej, menterjemah teks, mencari destinasi di Google Maps, dan juga mengawal suhu kabin. Semua ini dapat dilakukan tanpa perlu menyentuh skrin, sekali gus mengurangkan gangguan ketika memandu.
Kemaskini Gemini akan diperkenalkan kepada model Volvo yang menggunakan sistem operasi Android Automotive OS seperti EX30, EX40, dan EX90 menjelang hujung tahun ini. Lebih menarik, Volvo turut diumumkan sebagai platform rujukan perkakasan utama untuk pembangunan dan ujian teknologi automotif Google membolehkan Volvo menjadi antara yang pertama menerima fungsi baharu sebelum ia disediakan untuk pembuat kereta lain.
Bagaimanapun, pemilik Volvo dengan sistem infotainmen lama seperti Sensus tidak akan dapat menikmati Gemini secara terus. Walaupun begitu, sekiranya pengguna menyambungkan telefon pintar Android melalui Android Auto, fungsi Gemini akan tetap muncul pada skrin utama kenderaan walaupun terhad dan tidak dapat mengawal ciri-ciri kereta secara langsung.
Volvo kini mencipta sejarah sebagai pengeluar kenderaan pertama di dunia yang mengintegrasikan Gemini pembantu AI generasi baharu dari Google ke dalam sistem infotainmen kereta mereka. Teknologi ini bakal menggantikan Google Assistant sedia ada.