Volvo labur $82.5 juta bangunkan motor elektrik sendiri!

oleh Mohamad Hanif|
Volvo baru-baru ini mengumumkan akan mula menghasilkan motor elektrik sendiri di kilang pemasangan enjin yang terletak di Skövde, Sweden.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jumlah pelaburan adalah mencecah $82.5 juta dalam usaha untuk membangunkan produksi motor elektrik dalaman sepenuhnya menjelang pertengahan dekad ini.

Pada peringkat awal, kilang Skövde akan memulakan tugas sekadar memasang motor elektrik di mana fasa berikutnya akan membawakan proses pembuatan secara in-house sepenuhnya.

Pada ketika ini, proses rekaan dan pembangunan motor elektrik dijalankan di Gothenburg, Sweden dan Shanghai, China sebelum ia dipindahkan ke kilang Skövde.

Manakala proses produksi enjin pembakaran dalaman pula akan diserahkan kepada syarikat subsidiari Volvo, Powertrain Engineering Sweden yang kemudiannya akan digabungkan dengan Geely.

 


Langkah ini adalah selaras dengan hasrat Volvo untuk memastikan separuh daripada jualan peringkat global terdiri daripada model elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2025.

Ketika bercakap kepada media baru-baru ini, ketua eksekutif Hakan Samuelsson menjelaskan beliau akan terkejut sekiranya Volvo mula menghasilkan kenderaan genre lain selain daripada kereta elektrik bermula 2030.

"Salah satu langkah untuk ke depan adalah dengan mempunyai matlamat jelas bila (kami) mahu menghentikan penawaran enjin pembakaran dalaman.

"Dan apabila anda menyedari enjin petrol dan diesel bukanlah sebahagian daripada masa hadapan, anda harus bergerak pantas ke arah dunia baharu," tambah beliau lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…
Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…