Volvo lancar aplikasi realiti terimbuh (AR) untuk kegunaan pasukan penyelamat

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Group merupakan syarikat pengeluar trak pertama di dunia yang melancarkan aplikasi berteknologi realiti terimbuh (AR) yang direka khas untuk kegunaan pasukan penyelamat di dalam situasi kecemasan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Aplikasi yang direka khusus untuk trak elektrik tersebut dikatakan mampu menyalurkan informasi yang berguna dengan segera, dan dalam masa yang sama memberikan panduan dalam masa nyata dan memastikan situasi yang lebih selamat.

Aplikasi Emergency Response Guide itu boleh dimuat turun secara percuma daripada kedai aplikasi Apple dan Android, dan boleh digunakan untuk semua jenama trak elektrik tugas berat Volvo Group termasuklah Volvo Trucks, Renault Trucks dan Mack Trucks.

Ia menggunakan kombinasi teknologi terhubung, kamera, penderia, model 3D dan sokongan realiti terimbuh (AR) yang akan memberikan perincian  semasa kenderaan seperti lokasi kabel voltan tinggi, pek bateri serta cara-cara yang selamat untuk mematikan bekalan kuasa dalam situasi kecemasan.

Ia dibangunkan oleh sepasukan pakar di fasiliti R&D Volvo Group di Sweden, Perancis dan Amerika Syarikat.

Selain daripada informasi realiti terimbuh dan model 3D, aplikasi itu juga mengandungi semua dokumentasi keselamatan berkaitan trak elektrik yang boleh diakses oleh pengguna selepas kenderaan itu telah dikenal pasti.

Menurut Vincent Barnoux, pakar teknologi AR di Volvo Group berkata, "aplikasi keselamatan ini telah diuji dalam pelbagai senario dunia sebenar, dan telah mendapat maklum balas positif daripada pasukan penyelamat yang telah menggunakan aplikasi tersebut di lapangan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Berkuat kuasa 1 April 2021, Naoto Hakamata telah dilantik sebagai Pengerusi UD Trucks, diikuti oleh…
Berita Global
Menerusi kerjasama ini, Volvo Trucks akan menyerahkan perniagaan UD Trucks kepada Isuzu, namun…