Volvo Malaysia dedah imej acah sedan S60 - pelancaran tidak lama lagi?

oleh Mohamad Hanif|
Selepas kehadiran sedan bersaiz penuh S90, Volvo Malaysia kini bersedia membawakan kepada anda sedan eksekutif segmen D, Volvo S60 untuk pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi gambar acah yang dipertontonkan pada laman rasmi Facebook Volvo Car Malaysia, ia membawakan petanda bahawa sedan premium itu akan dilancarkan dalam masa terdekat. 

Ketika pengenalan rasmi sedan S60 untuk pasaran dunia, Volvo menawarkan tiga varian utama, iaitu:

  • S60 T5 - enjin 2.0 liter turbo berkuasa 252 hp, 350 Nm, 2WD
  • S60 T6 - enjin 2.0 liter turbo dan pengecas lampau berkuasa 318 hp, 400 Nm, AWD
  • S60 T8 - enjin 2.0 liter turbo dan pengecas lampau, ciri PHEV, 400 hp, 640 Nm, AWD

 Menurut laporan daripada rakan media Paultan.org, kembar wagonnya Volvo V60 varian T8 Inscription juga dikesan sedang diuji untuk pasaran Malaysia beberapa bulan yang lalu, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia akan dilancarkan bersama-sama sedan S60 tidak lama lagi. 

Dengan kehadiran sedan Volvo S60, ia sedikit sebanyak akan memberikan lebih pilihan kepada para pembeli di dalam segmen premium, selain daripada jentera BMW 3-Series ataupun Mercedes-Benz C-Class. 

Nantikan sahaja kemas kini daripada kami berkenaan sedan sporty Volvo S60 ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September…
Berita Domestik
Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut…