Volvo Malaysia kemaskini penawaran model PHEV untuk model XC90, S90, XC60, S60, V60

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Malaysia mengemaskini penawaran bagi model-model yang dilengkapi dengan trenkuasa plug-in hybrid (PHEV) atau model Recharge T8.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbanding penawaran terdahulu, kesemua model PHEV siri 60 dan 90 kini dilengkapi dengan bateri 18.8 kWh (berbanding bateri 11.6 kWh terdahulu), motor elektrik belakang berkuasa 145 hp (berbanding 88 hp), diikuti dengan jarak pemanduan sifar emisi sejauh 90 km (berbanding jarak 40-49 km pada model terdahulu).

Kemaskini terhadap trenkuasa itu juga membolehkan kuasa keseluruhan meningkat kepada angka 462 hp berbanding angka terdahulu (407 hp), sementara ciri pemanduan pedal tunggal pula boleh didapati pada model S90 PHEV dan XC60 PHEV.

Trenkuasa yang diperbaharui ini akan ditampilkan pada semua model PHEV Volvo termasuklah Volvo XC90, S90, XC60, S60 dan juga V60.

Volvo juga bakal mengemaskini penawaran harga jualan bagi kesemua model yang ditawarkan di Malaysia bermula 1 Mei 2022, bermula dari model XC40 T5, XC40 Recharge T5, XC60 B5 dan XC90 B5.

Model PHEV dari siri 60 dan 90 pula akan dijual pada harga baharu, manakala harga jualan untuk model Recharge T8 terkini pula kekal tidak berubah dan akan terus dijual sementara stok masih ada.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September…
Berita Domestik
Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut…