Ini bermakna, Volvo kini mempunyai 13 buah model yang berjaya memperoleh skor tertinggi Top Safety Pick+ untuk tahun 2022, jauh lebih banyak jika dibandingkan dengan pengeluar lain.
Ketiga-tiga model Volvo (S90, S90 Recharge dan V90 Cross Country) itu memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk TSP+ iaitu unit lampu utama adaptif selekoh, serta bantuan suluhan tinggi dengan skor 'Acceptable'.
Di samping itu, Volvo juga turut memastikan sistem pengelakan pelanggaran depan standard untuk kesemua kenderaan yang membolehkan ia mencapai penarafan cemerlang dari segi penilaian kenderaan-ke-kenderaan dan kenderaan-ke-pejalan kaki oleh IIHS.
10 buah model Volvo yang sebelum ini berjaya meraih anugerah Top Safety Pick+ adalah seperti berikut:
- S60
- S60 Recharge
- V60 Cross Country
- C40 Recharge
- XC40
- XC40 Recharge
- XC60
- XC60 Recharge
- XC90
- XC90 Recharge