Volvo S60 T8 R-Design rasmi dilancarkan - bermula dari RM295,888!

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Cars Malaysia hari ini membawakan penawaran baharu kepada barisan kenderaan segmen premium iaitu Volvo S60, sedan segmen D.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model generasi ketiga yang baharu sahaja diperkenalkan pada tahun lalu ditawarkan dalam varian tertinggi T8 R Design, di mana ia menggabungkan prestasi, kelestarian, dan keselamatan dalam bentuk sedan yang sporty.

 


Volvo S60 memiliki dimensi panjang 4,761 mm, lebar 1,850 mm, tinggi 1,431 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,872 mm. 

Varian tertinggi yang ditawarkan dalam keluarga S60 ini didatangkan dengan enjin 2.0 liter hibrid yang mampu menjana 407 kuasa kuda dan 640 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik Aisin lapan nisbah kelajuan. 

Dengan sistem pacuan semua roda AWD, sedan sporty ini mampu memecut sepantas 4.4 saat dari pegun ke 100 km/j dan mampu memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api sekitar 2 liter untuk setiap 100 km!
 


Volvo S60 dibangunkan atas pelantar Scalable Product Architecture (SPA) milik Volvo di mana perlindungan kepada penumpang dan ciri keselamatan antara yang terbaik di dunia. 

Seperti contoh, ciri City Safety dengan teknologi brek automatik memberikan pemandu keyakinan untuk mengelak sebarang kemungkinan pelanggaran, dibantu dengan sistem pengesan pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan besar. 

Ciri Pilot Assist juga menyokong aspek pemanduan, mengawal kelajuan, serta membrek sehingga kelajuan 130 km/j, ditambah pula dengan ciri seperti Run-off Road Mitigation, Oncoming Lane Mitigation dan juga amaran lintasan trafik belakang. 
 


Di bahagian dalaman, ruang kabin Volvo S60 didatangkan dengan tempat duduk berkontur balutan kulit Charcoal Fine Nappa/Open Grid Textile, dan terdapat kemasan berjahit pada papan pemuka. 

Sistem infotainmen Volvo S60 ini disokong dengan sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, manakala bunyi pula disalurkan kepada pengguna menerusi sistem bunyi premium Harman Kardon. 

Terdapat lima warna menarik ditawarkan kepada pengguna termasuklah Fusion Red Metallic, Crystal White Pearl, Pebble Grey Metallic, Onyx Black Metallic dan Birch Light Metallic.

 


Harga jualan pula bermula dari RM295,888 atas jalan tidak termasuk insurans dan boleh didapati di kesemua penjual berdaftar Volvo bermula esok. 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…
Informasi
Ketika artikel ini ditulis, penulis pasti sudah banyak fasiliti pengecasan yang telah disediakan…
Berita Domestik
Untuk jenama-jenama automotif premium, EV terus menerus menjadi pilihan. Model-model khusus yang…