VOLVO SELEKT - pilihan kereta premium terpakai dari Volvo Car Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Malaysia hari ini memperkenalkan sebuah program baharu yang dikenali sebagai Volvo SELEKT yang menawarkan barisan kenderaan Volvo yang berkualiti tanpa perlu berkompromi dengan harga jualan yang tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volvo SELEKT menjanjikan pengalaman premium untuk pelanggan di mana setiap kereta di bawah program ini dijamin berusia bawah lima tahun dan jarak perbatuan yang tidak melebihi 100,000 kilometer.

Malah, setiap kenderaan akan menjalani pemeriksaan sebanyak 125 mata, manakala perisian pula akan dikemaskini kepada versi yang lebih terkini.

 


Volvo Car Malaysia turut menjamin komponen dan alat ganti yang digunakan adalah tulen sepenuhnya bagi memastikan kereta yang ditawarkan bersedia untuk berkhidmat di jalan raya dengan prestasi yang optimum.

Menurut Nalin Jalin, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia berkata, "menerusi Volvo SELEKT, kami berharap dapat memberikan pilihan alternatif buat pelanggan di samping mengekalkan kriteria keunggulan, kebolehpercayaan dan prestasi kereta mewah yang premium.

Untuk memastikan pengalaman pemilikan yang premium, Volvo SELEKT menawarkan jaminan minimum sehingga 12 bulan, pakej perkhidmatan penyelenggaraan percuma untuk tempoh satu tahun dan bantuan tepi jalan selama 12 bulan.

 


Selain daripada itu, pelanggan juga boleh memilih variasi aksesori yang turut merangkumi pakej naiktaraf pemanduan yang lebih dinamik daripada Polestar untuk model-model Volvo yang terpilih.

Semua kereta Volvo SELEKT menjalani proses pemeriksaan dan pemilihan yang hanya dapat dilakukan di pengedar Volvo Car yang sah di Malaysia, dan pemilik akan menerima sijil pengesahan semasa proses pembelian dilakukan.

Buat masa ini, program Volvo SELEKT hanya boleh didapati di Pusat SELEKT Sisma Auto Glenmarie dan akan disertai oleh lebih banyak pengedar yang sah dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.volvocars.com/my/cars/volvo-selekt

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebagai makluman, Volvo SELEKT telah dilancarkan pada tahun 2020 dengan menawarkan pelbagai jenis…
Berita Domestik
Program pra-pemilikan SELEKT yang baru dilancarkan itu membolehkan pelanggan untuk membeli model…