Volvo senyap-senyap lancar logo yang lebih minimalis

oleh Mohamad Hanif|
Apabila sesebuah syarikat automotif melancarkan penjenamaan semula menerusi logo baharu, ia turut membawakan perubahan dari segi imej, identiti korporat serta hala tuju syarikat tersebut pada masa akan datang.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Volvo yang sebelum ini dikenali dengan jenama Iron Mark (dan juga lambang jantan itu) yang tidak pernah berubah sejak tahun 1930 itu kini mengikut jejak langkah Volkswagen, BMW, dan Nissan dengan memperkenalkan logo yang lebih minimalis dengan rekaan dua dimensi.

Logo baharu Iron Mark masih lagi mengekalkan bentuk yang biasa kita lihat, namun dengan pendekatan yang lebih ringkas tanpa sebarang elemen tiga dimensi seperti logo yang terdahulu, dan ia sudah pun diperlihatkan menerusi platform media sosial pengeluar dari Sweden itu.

Ini merupakan logo yang ketujuh Volvo di dalam sejarah sepanjang 97 tahun syarikat itu di mana perubahan yang terakhir dibuat adalah pada tahun 2016 dengan mengekalkan tema biru dan perak yang telah digunakan sejak berdekad lamanya.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Keuntungan operasi (operating income) keseluruhan sebanyak SEK 1.9 bilion (RM0.85), jatuh…
Berita Global
  Sama seperti kenderaan elektrik (EV) EX90 yang dijual seiring XC90, S90 juga ditawarkan bersama…
Berita Domestik
  Sekali lagi Volvo bermain dengan bentuk dan ES90 menggabungkan keanggunan sedan, keanjalan…