Volvo tak mahu ikut jejak BMW tawar program langganan bulanan

oleh Mohamad Hanif|
Volvo tidak akan mengikut jejak langkah BMW dalam memperkenalkan program langganan bulanan untuk mengaktifkan fungsi-fungsi yang sudah pun tersedia dipasang dari kilang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Ketua Pegawai Operasi Volvo Björn Annwall memberitahu Bloomberg, "Kami tidak akan meminta pelanggan yang telah membeli kereta berharga 1 juta kronor (RM417,937) untuk membayar 10 kronor lagi (RM4.18) semata-mata untuk mendapatkan haba tambahan di tempat duduk.

Beliau menjelaskan, program langganan pasca jualan hanya akan masuk akal untuk kemaskini besar termasuklah sistem bebas tangan serta sistem swapandu.
 

BMW


BMW sebelum ini menggemparkan alam maya kerana memperkenalkan progam langganan yang memerlukan pemiliknya membuat bayaran bulanan sebanyak $18 (RM79.23) untuk mengaktifkan ciri pemanas tempat duduk di beberapa buah negara.

Mercedes-Benz mengambil jalan yang berbeza dengan memperkenalkan langganan tahunan $1,200 (RM5,282) bagi membolehkan model EQE 350 dan EQS 450 membebaskan kuasa kuda tambahan di Amerika Syarikat.
 

Polestar 2


Polestar turut menawarkan program yang serupa, di mana dengan hanya membayar $1,195 (RM5,260) pembeli model kereta Polestar 2 boleh menambah sebanyak 68 kuasa kuda dan mengurangkan tempoh pecutan 0-100 km/j sebanyak 0.3 saat.

Tidak seperti Mercedes, pemilik Polestar hanya perlu membayar sekali sahaja, dan kuasa kuda tambahan itu akan dinyahkunci menerusi kemaskini over-the-air.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…
Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…