Volvo TP21 1953 untuk dijual - kenderaan off-road kegunaan tentera Sweden

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum SUV Volvo XC90 muncul pada awal era 2000-an, Volvo sebenarnya tidak pernah menawarkan model SUV kepada para pelanggannya.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Akan tetapi, jenama Sweden itu pernah muncul dengan sebuah model yang boleh disifatkan sebagai prototaip SUV, berupa sebuah kenderaan tentera TP21 "Sugga" pada tahun 1950-an.
 

TP21


Ia asalnya menggunakan badan taxicab PV800 Series sebelum diberikan kerangka trak di bahagian bawah, sistem suspensi yang lebih tinggi, fender yang disemak semula serta tayar off-road.

Bukan itu sahaja, TP21 ini turut dipasangkan rak aksesori pada bahagian belakang dan bumbung untuk mengangkut muatan.

Volvo TP21 Sugga ini memasuki fasa produksi pada tahun 1953 untuk kegunaan tentera, di mana ia menggunakan enjin enam silinder sebaris flathead 3.67 liter menghasilkan 90 kuasa kuda, dipadankan dengan transmisi manual empat kelajuan, sistem pacuan empat roda dan transfer case dua kelajuan.
 

TP21


Terdapat juga komponen pembeza kekunci pada bahagian depan dan belakang.

Unit yang dipaparkan ini pertama kali muncul di Australia pada pertengahan 1980-an dan tidak pernah berpindah milik sehingga ke saat ini.

Pada Januari 2023 yang lalu, TP21 ini telah diservis di mana beberapa komponen telah ditukar dan digantikan termasuklah tali sawat kipas, palam pencucuh, bendalir, pam air yang telah dibina semula dan radiator yang telah dibersihkan.
 

radio


Menurut info, Volvo hanya membina sekitar 720 unit sahaja model TP21 untuk digunakan mengangkut tentera serta kenderaan unit semboyan - seperti unit TP21 yang bakal dijual ini.

Malah ada sesetengah unit TP21 yang masih lagi kekal dalam perkhidmatan tentera Sweden sehingga lewat 1990-an.

Sumber: Collecting Cars