Volvo Trucks Malaysia terajui kerjasama untuk tingkatkan penggunaan EV

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada tahun 2022, Volvo Trucks Malaysia (Volvo Trucks) berjaya mencatatkan peningkatan 8.5 peratus dalam jumlah unit yang dihantar kepada pelanggannya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Peningkatan itu dibantu oleh permintaan terpendam berikutan tempoh pasca pandemik, dimana prestasi tersebut menyamai prestasi global pengeluar trak yang menyampaikan bilangan trak tertinggi sepanjang masa kepada pelanggan sambil meningkatkan bahagian pasaran di 41 negara, termasuk Malaysia pada masa yang sama.

Melalui kejayaan pada tahun 2022, Volvo Trucks berkongsi pertumbuhan volumnya sebanyak 8.5 peratus mewakili 320 unit yang dijual berbanding 295 unit yang dijual pada tahun 2021.

Portfolio berprestasi terbaik Volvo Trucks tahun ini kekal dibantu oleh barisan model penggerak utama seperti FM440 6x2, FMX440 dan FM370.

Dengan memanfaatkan rangkaian luas 13 pengedar di seluruh Semenanjung dan Timur Malaysia, Volvo Trucks juga mencatatkan pertumbuhan 12 peratus dalam perkhidmatan selepas jualannya.

Dalam masa yang sama, Volvo Trucks terus menerajui langkah dan tindakan terhadap keselamatan jalan raya dan penggunaan Kenderaan Elektrik (EV) dengan industri dan agensi kerajaan.

Ia termasuk kerjasama bersama PLUS Expressways Berhad untuk membangunkan program keselamatan trak tugas berat, bertujuan untuk melengkapkan pemandu dengan pengetahuan keselamatan yang lebih baik dan pengendalian kenderaan tugas berat.

Dan juga kepada pengguna jalan raya untuk lebih memahami pandangan pemandu lori ketika berada di tempat duduk pemandu.

Volvo Trucks juga memeterai kerjasama dengan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) pada 2022, dimana mereka akan memainkan peranan penting dalam memajukan promosi logistik hijau melalui penggunaan EV.

 

2

 

Disamping menyediakan latihan hands-on, dan berdaftar di bawah direktori MyHijau, rujukan untuk mendapatkan dan membeli produk dan perkhidmatan hijau di Malaysia.

Dari perspektif aplikasi, kerjasama Volvo Trucks dengan SWIFT Haulage Berhad, yang ditandatangani pada 2022, dijangka menghasilkan pembelian trak EV pertama Volvo untuk pasaran Malaysia.

Selain itu, perkongsian itu akan meneroka rangkaian pengecasan yang berpotensi, membangunkan pembangunan modal insan yang berkelayakan, dan perkongsian teknologi untuk mobiliti elektro di Malaysia.

Volvo Trucks Malaysia juga telah menyertai platform "Pioneer the Possible", anjuran Business Sweden yang direka untuk memupuk kerjasama antara syarikat Sweden dan pembuat keputusan utama di Malaysia dengan matlamat sama untuk mencapai neutraliti karbon menjelang 2050 dan 2045.

Usaha itu bagi menyokong peralihan hijau Malaysia melalui pembaharuan rendah karbon dalam sektor utama seperti pengangkutan, pengeluaran, tenaga, dan alam sekitar.

Berkembang dengan keperluan pasaran yang dinamik, Volvo Trucks akan terus melabur dalam membangunkan bakat dan kemudahannya sebagai aset untuk masa depan yang mampan.

Ianya disokong oleh penempatan semula cawangan Sibu baru-baru ini, yang memanfaatkan potensi ekonomi daerah perniagaan, dan pemasangan panel solar yang akan datang di pengedar Shah Alam dan Kuantan.

Volvo berhasrat untuk meneruskan pengenalan trak mampannya ke pasaran Malaysia, dimana mereka memerhati tarikh akhir 2050 untuk neutraliti karbon, Volvo berpegang pada keyakinannya bagi mencapai masa depan yang lebih hijau untuk Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk mencapai sasaran pengurangan pelepasan karbon di dalam…
Berita Domestik
Portal digital ini menyatukan segala perkhidmatan dan informasi penting dengan menggunakan antara…