Volvo V60 Recharge T8 Inscription 2022 - harga jualan dari RM286,910

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Cars Malaysia akhirnya secara senyap mengemaskini harga jualan bagi model wagon yang akan memasuki pasaran Malaysia kelak di laman web rasmi mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volvo V60 Recharge T8 Inscription memiliki tanda harga bermula dari RM286,910, atau RM4,370 lebih mahal jika dibandingkan dengan kembar sedan S60 (RM282,540).

Namun, perbezaan harga yang tidak begitu ketara ini membawakan satu maksud - Volvo V60 Recharge T8 Inscription ini sememangnya sebuah model pemasangan tempatan (CKD) mengikut jejak langkah S60 yang telah dilancarkan sebelum ini.
 

Volvo V60


Dari segi kuasa, Volvo V60 ini hadir dengan plug-in hybrid yang mampu menjana kuasa setinggi 407 hp dan daya kilas 640 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

Pecutan 0-100 km/j hanyalah sepantas 4.6 saat dan bacaan penggunaan bahan api adalah serendah 2.0 liter/100 km.
 

V60


Berbanding model sedan, Volvo V60 menawarkan ruang kargo sebesar 529 liter atau sehingga 1,441 liter apabila tempat duduk belakang dilipat dengan nisbah 60:40.

Standard sebuah kereta Volvo, V60 juga turut dilengkapi dengan ciri keselamatan Intellisafe yang merangkumi:

  • Pengelakan dan Mitigasi Pelanggaran - sokongan pengesanan di persimpangan, serta mampu mengesan pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan besar
  • Amaran Pelanggaran (dan Sokongan Pengelakan) Hadapan Dan Belakang
  • Sistem Informasi Titik Buta (dengan Bantuan Stereng)
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (dengan Brek Automatik)
  • Bantuan Pengekalan Lorong (LKA)
  • Mitigasi Keluar Jalan dengan Pengesanan Tebing Jalan
  • Driver Alert Control (DAC)
  • Oncoming Lane Mitigation