Volvo XC40, C40 kini dikenali sebagai EX40 & EC40, jenama Recharge digugurkan

oleh Mohamad Hanif|
Volvo baru-baru ini menyelaraskan semula nama dua model pentingnya, iaitu XC40 dan C40 Recharge versi elektrik, di mana ia kini dikenali sebagai EX40 dan EC40.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penjenamaan semula ini adalah penting bagi memudahkan pelanggan sedia ada dan pelanggan baharu Volvo mengenalpasti model EV (EX30, EX40, EC40, EX90 & EM90) dan model hibrid (XC40, XC60 & XC90).

 

 

 


Bagaimana pula dengan frasa 'Recharge' yang digunakan sebelum ini?

Frasa tersebut kini turut digugurkan daripada penggunaan rasmi, di mana dua varian PHEV XC40 kini dikenali dengan kod T6 dan juga T8 yang lebih ringkas. 
 

EX40


Selain itu, Volvo EX40 dan EC40 kini menerima pakej perisian Performance yang mampu meningkatkan kuasa dua motor elektrik sedia ada kepada 436 hp, membolehkan EV dua motor itu memecut lebih pantas berbanding catatan terdahulu 4.7 saat.

Penawaran pakej Performance ini bukan sahaja tersedia untuk para pemilik baharu, malah para pemilik XC40 dan C40 model tahun 2024 boleh membeli dan memuat turun kemaskini perisian tersebut untuk crossover mereka.
 

EX40


Mereka yang mahukan imej yang lebih elegan boleh mendapatkan EX40, EC40 dan XC40 dalam versi Black Edition, di mana kesemua model itu didatangkan dengan cat Onyx Black, lencana hitam berkilat, rim aloi 20 inci warna hitam berkilat, serta pilihan trim tekstil atau mikrotek untuk ruang kabin.

Sementara model hibrid ringan XC60 B5 dan XC90 B5 kini menampilkan rangkaian kuasa yang lebih cekap, dan menawarkan penjimatan bahan api 4 peratus lebih baik untuk XC60, dan 2 peratus untuk XC90.

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika sebelum ini pengeluar dari Sweden itu memperlihatkan struktur trenkuasa yang bakal dipasang…
Berita Global
Volvo Cars mengesahkan bahawa crossover muda kelahiran jenama Sweeden itu, Volvo XC40 bakal…