Volvo XC40 Recharge Pure Electric laku - tempahan untuk model tahun 2022 terpaksa ditutup!

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak pelancaran Volvo XC40 Recharge Pure Electric pada Mac yang lalu, Volvo Car Malaysia terus menerus mendapat sambutan yang cukup menggalakkan untuk EV pertama jenama itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehingga kini, Volvo Car Malaysia telah menerima lebih 400 tempahan dan lebih 120 unit telah pun diserahkan kepada pemilik masing-masing di seluruh negara.

Serentak dengan itu, Volvo Var Malaysia turut mengumumkan penutupan pesanan dalam talian bagi XC40 Recharge Pure Electric tahun 2022, dan ia akan dibuka semula selepas pengenalan model tahun 2023.
 

XC40


Volvo XC40 Recharge Pure Electric merupakan crossover berkuasa elektrik 408 hp dan daya kilas 660 Nm dengan sistem pacuan semua roda, dan jarak pemanduan yang mampu mencapai sehingga 418 km untuk sekali cas penuh.

Menurut Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, berkata: “Jumlah jualan yang menggalakkan menjadi batu loncatan dalam perjalanan kami ke arah elektrik sepenuhnya. Hanya beberapa bulan yang lalu kami melancarkan kenderaan elektrik sepenuhnya yang pertama dan mengumumkan pemasangan kereta EV tempatan.

"Kami mula menghantar kereta-kereta elektrik kepada para pelanggan sejak bulan April di mana mereka boleh menikmati kebebasan untuk bergerak untuk bergerak secara peribadi, mampan dan selamat.”

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September…
Berita Domestik
Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut…