Volvo XC40 T5 R-Design dilancarkan - Enjin Drive-E 2.0 liter, harga jualan RM255,888

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Malaysia hari ini melancarkan crossover premium subkompak XC40 secara rasmi dengan penawaran varian tunggal untuk pasaran Malaysia, iaitu XC40 T5.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibangunkan atas platform Compact Modular Architecture (CMA), ia membolehkan Volvo XC40 menerima pelbagai teknologi terkini seperti Pilot Assist, City Safety generasi baharu, Run-Off Road Protection and Mitigation, Cross Traffic Alert, Auto Brake dan pelbagai lagi menjadikan ia salah sebuah SUV yang paling selamat. 
 


Selain daripada itu, Volvo XC40 turut menampilkan rekaan kabin yang lebih ringkas dan praktikal, di samping penambahan ruang simpanan yang berguna berdasarkan hasil maklum balas daripada para pengguna di seluruh dunia. 

Menariknya, rekaan terbaharu itu masih lagi mengekalkan teras rekaan ala Scandinavia iaitu keseimbangan di antara nilai estetika dan juga fungsi yang menyenangkan. 
 


Hasilnya, sebuah SUV yang kecil akan tetapi sarat dengan fungsi terkini seperti slot pengecasan peranti pintar tanpa wayar, dan ciri ruang simpanan di bawah tempat duduk, ruang simpanan syiling, slot kad servis, dan semestinya cangkuk teh tarik yang berguna serta mesra rakyat Malaysia!
 


Volvo XC40 varian T5 ini hadir dengan enjin Drive-E 2.0 liter dengan induksi pendesak turbo yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 252 hp dan daya kilas 350 Nm, memberikan daya pecutan sepantas 6.4 saat dari pegun ke 100 km/j. 

Kuasa tersebut disalurkan kepada pacuan semua roda menerusi transmisi automatik dengan lapan nisbah kelajuan dan ia mampu memberikan tahap penggunaan bahan api serendah 7.7 liter/100 km (mengikut kiraan NEDC). 
 


Sesuai dengan selera pengguna tempatan, Volvo Car Malaysia melengkapkan XC40 ini dengan kemasan R-Design sebagai ciri standard, dan juga empat pilihan warna yang menarik seperti Bursting Blue, Fusion Red, Crystal White dan Osmium Grey. 
 


Harga jualan Volvo XC40 T5 R-Design ini bermula dari RM255,888 (termasuk SST) atas jalan tidak termasuk insurans dan boleh didapati di semua bilik pameran sah Volvo di seluruh negara. 

Berikut merupakan spesifikasi ringkas Volvo XC40 T5 R-Design.

 


Dimensi panjang x lebar x tinggi (mm): 4,425 x 2,034 x 1,658
Jarak antara roda (mm): 2,702
Enjin: empat silinder sebaris Drive-E 2.0 liter (1969 cc), induksi pendesak turbo
Kuasa: 252 hp/350 Nm
Sistem pacuan: AWD
Transmisi: Automatik lapan nisbah kelajuan
Pecutan 0-100 km/j: 6.4 saat
Penggunaan bahan api: 7.7 liter/100 km (NEDC)
Kapasiti tangki: 54 liter
Kapasiti kargo: 460 liter (mampu dibesarkan sehingga 1336 liter)

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Penawaran itu mewakili dua daripada tiga varian rangkaian kuasa baharu untuk kedua-dua…
Berita Domestik
Volvo XC40 B5 Ultimate ini membawakan trenkuasa hibrid ringan dengan enjin empat silinder sebaris 2…
Pelancaran
Dari segi spesifikasi, Volvo XC40 Recharge T5 didatangkan dengan enjin tiga silinder sebaris 1.5…