Volvo XC60 2022 facelift dilancarkan - kini dengan integrasi Google, harga dari RM292,266.50

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan versi facelift bagi SUV Volvo XC60, setelah ia dilancarkan di peringkat global pada Mac yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Versi facelift yang dibawakan kali ini menampilkan perubahan kecil dari segi paras rupa, di mana ia hadir dengan rekaan bampar depan yang lebih bersegi tajam.
 

XC60


Perubahan yang ketara dibawakan adalah dari segi sistem infotainmen, di mana skrin paparan tengah itu kini menampilkan sistem operasi Android Automotive OS yang pertama kali muncul pada model XC40 elektrik.

Sistem ini menawarkan integrasi Google Maps serta Google Assistant di mana anda boleh menikmati hiburan, hubungan serta menetapkan persekitaran kabin dengan mudah menerusi kata sapaan 'Hey Google', sama macam peranti pintar.
 

XC60


Secara standard, Volvo XC60 didatangkan dengan skrin kluster digital 12.3 inci, skrin infotainmen menegak bersaiz 9 inci, sistem audio Harman Kardon 600W dengan 14 pembesar suara (Bowers & Wilkins 1100 W dengan 15 pembesar suara untuk varian T8), sistem pencahayaan LED dengan lampu nyalaan siang DRL, sistem kawalan iklim dua zon dan tidak ketinggalan sokongan pengecasan peranti pintar USB dan USB-C.

Ciri keselamatan Intellisafe pula merangkumi komponen seperti:

  • City Safety - pengelakan pelanggaran serta sokongan di persimpangan untuk pejalan kaki, penunggang basikal dan binatang
  • City Safety dengan sokongan stereng dan brek
  • Amaran Pelanggaran Depan dan Belakang, Sokongan Mitigasi
  • Bantuan Pengekalan Lorong (LKA)
  • Mitigasi keluar jalan dengan Pengesan bucu jalan
  • Sistem Informasi Titik Buta (BLIS)
  • Amaran Lintasan Trafik (CTA) dengan Brek Auto
  • Mitigasi Lorong Hadapan

 

XC60


Untuk pasaran Malaysia, Volvo XC60 2022 ini ditawarkan dalam dua varian utama, iaitu B5 Momentum (yang menggantikan varian T5 pada penawaran terdahulu), serta varian tertinggi Recharge T8 Inscription Plus.

Perincian ringkas spesifikasi adalah seperti berikut:

Volvo XC60 B5 Momentum
Enjin 1,969 cc turbo dengan sistem mild hybrid
249 hp @ 5,500 rpm, 350 Nm @ 1500-4800 rpm
Transmisi automatik lapan kelajuan dengan Geartronic
Pecutan 0-100 km/j 6.9 saat
Penggunaan bahan api 7.6 liter/100 km
Harga: 292,266.50*

Volvo XC60 Recharge T8 Inscription Plus
Enjin 1,969 cc dengan unit pengecas turbo dan pengecas lampau
407 hp @ 5,700 rpm, 640 Nm @ 2,200-5,400 rpm
Transmisi automatik lapan kelajuan dengan Geartronic
Pecutan 0-100 km/j 5.3 saat
Penggunaan bahan api 2.2 liter/100 km
Jarak pemanduan sifar emisi 45 km
Harga: RM325,449.40*

*Harga atas jalan tanpa insurans, dengan pengecualian cukai

Spesifikasi lanjut boleh rujuk di SINI

Berita Berkenaan

Berita Global
Isu itu melibatkan satu skru tambahan yang dimasukkan secara tidak sengaja semasa kerja pemasangan…
Berita Domestik
Antara yang menarik perhatian ialah kelibat sebuah Volvo XC90 yang dipenuhi antena pada bahagian…
Berita Global
Namun, untuk mereka yang mahukan lebih daripada itu, anda boleh mendapatkan khidmat naik taraf…