Volvo XC60 T8 Polestar - SUV berkuasa 421 HP!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volvo XC60 T8 Polestar - SUV berkuasa 421 HP!
Volvo XC60 T8 Polestar - SUV berkuasa 421 HP!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Polestar yang merupakan sub jenama Volvo Cars untuk produk dan kenderaan berprestasi telah memperkenalkan pakej optimasi nadi kuasa untuk SUV terbaru XC60.

Dengan pakej tersebut, prestasi Volvo XC60 T8 meningkat kepada 421 hp, bertambah 14 hp dari sebelumnya.

Lebih penting, peningkatan kuasa oleh Polestar tidak menjejaskan waranti sedia ada di samping mengekalkan tahap emisi, dan juga penggunaan minyak SUV itu. Untuk rekod, penggunaan SUV itu ialah 2.1 l/100 km dengan jarak perjalanan mod elektrik sepenuhnya sejauh 45 kilometer. 

Bagi menambah kuasa, Polestar memberi fokus kepada lima bahagian iaitu prestasi enjin, respon pedal, respon semasa pedal dilepaskan dan masa tukaran serta pegangan (hold) gear. 

Secara ringkasnya, dua bahagian telah diberi fokus utama iaitu penambah baikan prestasi enjin serta fungsi kotak gear.

Penambah baikan pada enjin dibuat supaya ia memberi lebih kuasa dan tujahan pada kelajuan pertengahan yang paling banyak digunakan semasa pemanduan harian atau lebih tepat semasa menyusur ke lebuh raya, memotong atau keluar dari selekoh.

 

 

Transmisi pula dilaras supaya tukaran gear lebih pantas dan poin tukaran ditentukur (calibrated) untuk menggunakan kuasa pada kelajuan pertengahan. Manakala fungsi pegangan gear digunakan untuk mengekalkan atau menahan gear yang sama semasa selekoh dengan tekanan G tinggi bagi memastikan kereta kekal stabil dan tidak beroleng teruk. 

Pengetahuan dan kemahiran yang diaplikasikan ini diperolehi dari pengalaman dua dekad di litar lumba bersama Cyan Racing, rakan permotoran Polestar.

Pakej naik taraf Polestar ini tidak terhad kepada Volvo XC60 T8 sahaja malah terbuka untuk varian lain seperti T6, T5, D5 and D4.

Untuk pasaran tempatan, Polestar turut menyediakan pakej naik taraf untuk kenderaan Volvo. Model dengan talaan paling komprehensif ialah Volvo V40 T5 Drive E Polestar (pra facelift) yang dipasarkan pada harga kira-kira RM 260,000.00

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…