Vorsteiner tawar solusi untuk gril buah pinggang M3, M4

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu perkara yang sukar untuk dilupakan oleh kebanyakan peminat jentera M adalah kehadiran rekaan gril buah pinggang yang terlebih besar seperti yang diperkenalkan pada model M3 dan M4.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Syarikat penala Vorsteiner nampaknya telah berjaya memikirkan satu penyelesaian bagi masalah rupa paras kedua-dua jentera itu dengan melancarkan pakej naiktaraf rupa menggunakan asas daripada gentian karbon.
 

grill


Rekaan gril hadapan telah diberikan sentuhan semula dengan menampilkan bar tengah yang memberikan penampilan yang lebih tradisional tanpa mengorbankan rupa paras agresif M3 dan M4.

Naik taraf ini cuma berharga $1,499.99 (RM6,275.21) untuk versi gentian karbon, atau $899.99 (RM3,765.11) untuk versi plastik ABS.
 

M3


Ciri splitter gentian karbon pula memerlukan anda menambah wang sebanyak $2,395 (RM10,049.48), diikuti oleh skirt sisi gentian karbon, diffuser belakang gentian karbon bespoke dan spoiler decklid juga daripada gentian karbon.

Anda boleh memilih untuk mendapatkan kesemua komponen ini dalam satu pakej berharga $8,684 (RM36,329.51) atau menempahnya secara berasingan.

Akhir sekali, set rim tempa VP-X serba baharu yang boleh didapati dalam saiz 20x9, 20x10.5, 21x10 dan 21x11, dan hud berliang gentian karbon yang sedang dibangunkan oleh Vorsteiner.