VPCM dan MHV lancar bilik pameran Das WeltAuto pertama di Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan rakan pengedarnya, MHV Autohaus telah melancarkan bilik pameran bebas Das WeltAuto (DWA) yang pertama di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terletak di Gombak, bilik pameran DWA pertama itu dikendalikan oleh MHV Autohaus, salah satu pengedar utama Volkswagen di Malaysia.

Bilik pameran bebas baharu itu memiliki tanah seluas 18,500 kaki persegi dan boleh menempatkan sehingga 55 unit kereta dengan dua ruang parkir tambahan bagi tujuan penyerahan.

Das WeltAuto merupakan program kereta terpakai global Volkswagen yang telah dilancarkan pada tahun 2019.

 

2

 

Dimana ia menawarkan kereta terpakai yang telah diperakui dan boleh dipercayai oleh pelanggan serta disokong dengan kepakaran pengetahuan, standard dan proses.

Das WeltAuto menawarkan pelbagai pilihan kereta terpakai ekstensif yang telah diperakui untuk dipilih oleh pelanggan.

Pelanggan dapat memanfaatkan pilihan pembiayaan menarik, jaminan lanjutan dan bantuan tepi jalan selama setahun apabila membeli sebuah kereta Volkswagen daripada Das WeltAuto.

Menariknya, semua jenis model turut diterima untuk tujuan trade-in, dimana ia akan menjalani pemeriksaan 133 poin yang teliti dan menyeluruh sebelum disahkan oleh Juruteknik Volkswagen.

 

3

 

Semua kereta dari Das WeltAuto juga menggunakan alat ganti tulen, bebas kemalangan dan banjir, serta hadir dengan bukti servis yang lengkap di pusat servis sah Volkswagen.

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Das WeltAuto, dimana ia menyediakan pelbagai ciri dan fungsi menarik untuk pelanggan.

Antaranya ialah fungsi "Sell Your Car", dimana pelanggan boleh menjual kereta mereka, dan "Nearly New Cars" yang menyenaraikan kereta-kereta yang telah diperakui dengan jarak perbatuan kurang dari 12,000 km dan didaftarkan dalam tempoh setahun.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…