VPCM tawar tambahan 2 tahun servis percuma untuk model Arteon R-Line, Tiguan Allspace R-Line, Tiguan Allspace Elegance

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan penambahan tempoh penyelenggaraan percuma selama dua tahun lagi untuk model-model terlarisnya.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Menerusi promosi terbaharu ini, pelanggan yang membeli Arteon R-Line, Tiguan Allspace R-Line atau Elegance boleh menikmati penyelenggaraan percuma selama lima tahun (atau perbatuan 75,000 km yang mana tiba dahulu), disamping jaminan pengeluar dan bantuan tepi jalan untuk tempoh lima tahun.
 

Tiguan

 

Menurut VPCM, tawaran terbaharu ini menawarkan penjimatan sehingga RM9,600 kepada pelanggan.

Sebagai makluman, VW Arteon R-Line 4MOTION ditawarkan pada harga RM276,990 sementara Tiguan R-Line 4MOTION berharga RM235,990. Tiguan Allspace Elegance pula boleh anda miliki pada harga RM188,990.
 

Tiguan


Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web https://www.volkswagen.com.my
 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Inisiatif tersebut membolehkan para pemilik Volkswagen menikmati diskaun sehingga 30 peratus alat…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…