VPCM umum Gilang Gemilang Deals, jimat sehingga RM23 ribu untuk model VW dengan IQ.DRIVE

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia tahun ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan promosi Gilang Gemilang Deals yang menawarkan penjimatan bermula RM10,000 ke atas model-model Volkswagen dilengkapi sistem IQ.DRIVE.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang ditawarkan:

  • Tiguan Allspace Elegance - Harga asal (RM202,990), selepas diskaun (RM192,990), jimat RM10,000
  • Tiguan Allspace R-Line - Harga asal (RM255,990), selepas diskaun (RM240,990), jimat RM15,000
  • Golf GTI - Harga asal (RM244,990), selepas diskaun (RM234,990), jimat RM10,000
  • Arteon R-Line 4MOTION - Harga asal (RM299,990), selepas diskaun (RM276,990), jimat RM23,000

 

2

 

Bermula 6 hingga 10 September ini, anda berpeluang menyaksikan sendiri pelbagai tawaran menarik barisan model Volkswagen melalui acara Jelajah Volkswagen di pusat membeli-belah 1Utama oleh VPCM.

Diadakan di Oval New Wing, tarikan utama jelajah tersebut ialah debut umum model Golf R 2023 kelahiran Pekan, Pahang dengan harga anggaran bermula dari RM330,000 hingga RM350,000.

 

3

 

Golf R pemasangan tempatan itu didatangkan standard dengan pakej Performance Pack yang merangkumi rim aloi Estoril bersaiz 19 inci, sayap belakang yang lebih besar, serta sistem ekzos Akrapovic.

Performance Pack itu turut hadir dengan dua mod pemanduan baharu, iaitu mod Drift dan juga mod Special.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Volkswagen Malaysia.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Kelengkapan keselamatan IQ.Drive merangkumi ciri seperti: -Bantuan Hadapan (Front Assist) -Kawalan…