VTREC umum pemenang pertandingan video pendek, mewarna "Protect Your Vehicle from Theft"

oleh Mohamad Hanif|
VTREC baru-baru ini mengumumkan para pemenang pertandingan video pendek dan pertandingan mewarna yang dianjurkan berakhir pada 8 Julai 2021 menyaksikan penyertaan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pertandingan tersebut dianjurkan bersempena dengan kempen kesedaran PDRM-VTREC Vehicle Theft Public Awareness Campaign 2021 bertemakan "Protect Your Vehicle from Theft".

Untuk pertandingan mewarna, pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang hadiah berupa baucer tunai RM500, RM350 dan RM250, sebuah basikal serta sijil penyertaan, manakala 15 hadiah saguhati pula membawa pulang baucer tunai bernilai RM100, serta sijil penyertaan.

10 orang pemenang kategori kanak-kanak membawa pulang baucer tunai RM50 serta sijil penyertaan.

Manakala cabaran Video Pendek VTREC pula memerlukan peserta mencipta satu video berdurasi 30 saat yang memaparkan kreativiti melindungi kenderaan daripada kecurian.

Pemenang utama membawa pulang sebuah laptop, baucer tunai RM300, dan sijil penyertaan. Pemenang tempat kedua pula mendapat sebuah tablet, baucer tunai RM250 dan sijil penyertaan, sementara pemenang tempat ketiga pula membawa pulang sebuah peranti pintar, baucer tunai RM200 dan sijil penyertaan.

 


Pemenang pertandingan mewarna:
Tempat Pertama: Azeyanti binti Kamarulzaman
Tempat Kedua: Yong Kai Wen
Tempat Ketiga: Lim Yee Theng
Saguhati x 15
Saguhati Khas x10

 


Pemenang Pertandingan Video Pendek
Tempat Pertama: Mohamad Muizzuddin bin Mohd Razani
Tempat Kedua: Mohd Anuar Ruddin bin Zakaria
Tempat Ketiga: Muhammad Adhar bin Onn
Saguhati x 15
Saguhati Khas x 10

Menurut Penyelaras VTREC, Mas Tina Abdul Hamid berkata, pertandingan yang dianjurkan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik bersama PDRM untuk memberikan kesedaran kepada umum terhadap perlindungan kenderaan daripada kes kecurian.

"Pertandingan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada generasi muda, terutamanya para pelajar terhadap kepentingan menjaga keselamatan kenderaan, memastikan kenderaan dikunci sepanjang masa, tidak meninggalkan kunci di dalam kenderaan, tidak membiarkan kenderaan melahu tanpa pengawasan, tidak meninggalkan barangan berharga di dalam kenderaan serta menggunakan pencegahan tambahan seperti penggera dan immobiliser.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Ia merupakan jumlah yang paling rendah pernah dilaporkan berbanding pada tahun 2019 iaitu…
Berita Domestik
Untuk tahun lalu, sebanyak 353 unit Proton Wira dilaporkan dicuri, diikuti oleh Proton Iswara (273…