VUHL 05RR, supercar tanpa bumbung yang halal di atas jalan raya

oleh Muhammad Md Tajudin|
Undang-undang dan standard keselamatan kereta sekarang ini semakin rumit dan kompetitif. Perlu brek automatik, sejumlah beg udara dan ujian pelanggaran.

Impak tersebut boleh dilihat di negara kita, lihat saja kereta rakyat seperti Perodua Myvi dan Aruz yang canggih dengan Advanced Safety Assist dan enam beg udara.

Toyota Vios yang baru sahaja dilancarkan juga penuh dengan ciri-ciri keselamatan.

Keadaan ini sebenarnya menyukarkan pengeluar kereta bebas dengan jumlah pengeluaran kecil. Bagaimana sesebuah pengeluar dengan jumlah jualan tidak sampai lima ribu unit setahun mampu melakukannya?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
VUHL 05RR

 

Sukar jika anda tidak berada dalam keluarga besar seperti Kumpulan Volkswagen, BMW atau Daimler.

Walaupun sukar, itu tidak menghalang peminat kereta yang mempunyai keazaman dan semangat tinggi.

Dari situ lahir jenama VUHL (disebut Vool), sebuah pengeluar kereta ringan super yang diasaskan oleh pasangan adik beradik Iker dan Guillermo Echeverria.

Syarikat Mexico dan Amerika Syarikat ini mula menghasilkan model pertama iaitu 05 pada 2014 dari kilang di Mexico City.

Pada 19 Januari lalu VUHL kembali dengan sebuah lagi model iaitu 05RR yang dipertontonkan di hadapan jemputan eksklusif di Mexico City.

 

VUHL 05RR

 

05RR adalah model berprestasi tinggi tetapi halal untuk digunakan di atas jalan raya. Model ini dibina untuk 'dua alam', di litar lumba dan jalan raya.

Spesifikasi model ini luar biasa, berat kering telah dikurangkan sebanyak 65 kg kepada 660 kg. 

Sudahlah ringan, kuasa pula ditambah sebanyak 115 bhp dan 100 Nm kepada 600 bhp. Ini bermakna nisbah kuasa kepada berat ialah 200 bhp untuk setiap satu tan.

Di antara perubahan yang dilakukan ialah flywheel ringan, klac lumba dan roda karbon lebih ringan yang mengurangkan inersia dan meningkatkan prestasi enjin.

Daya pecutan dari 0 - 96 km/j hanya mengambil masa 2.2 saat sahaja.

 

VUHL 05RR

 

Selain itu, kedudukan nadikuasa yang lebih rendah membolehkan pusat graviti turut direndahkan kepada 50mm.

Kombinasi kotak gear berurutan (sequential) dengan pedal gear, LSD, suspensi dan sistem stereng yang bias kepada litar membolehkan kereta ini mempunyai cengkaman luar biasa di atas jalan raya.

Jika itu tidak memadai, pelanggan boleh memesan suspensi talaan khas untuk litar dan tayar slick. Penampilan kereta terus diserlahkan melalui sayap belakang dan roda karbon.

Perubahan pada downforce baharu untuk 05RR membolehkan pemandu membelasah selekoh dengan yakin. Keseimbangan aerodinamik dan pembahagian berat baharu menghasilkan 1.8G untuk pecutan keluar. 

Bahagian dalam turut disentuh dengan perubahan pada papan pemukan dan saluran udara bagi memberikan pemandu pengalaman yang menyeronokkan. 

 

VUHL 05RR

 

VUHL sebenarnya mempunyai sebuah lagi model iaitu 05 ROC Edition yang telah terpilih untuk menyertai Perlumbaan Juara-Juara (ROC) selama tahun dari 2017 hingga 2021.

VUHL 05RR kini sudah dibeli pelanggan global dengan rangkaian pengedar di Eropah, Amerika Syarikat dan Mexico.

Owh! VUHL 05 menggunakan enjin 2.3 liter Ford EcoBoost dan walaupun kereta ini rare, alat ganti enjin tidak rare!

Penulis: Muhammad Md Tajudin