VW Beetle Holzhaus: separuh kereta, separuh rumah kayu untuk dijual

oleh Mohamad Hanif|
Terdapat banyak pilihan motorhome yang ada di dalam pasaran pada ketika ini, dan semua itu terletak kepada kedalaman poket anda masing-masing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk mereka yang mempunyai cita rasa klasik, boleh cuba dapatkan VW Beetle "Holzhaus" yang kini sedang mencari pemilik baharu di Itali.
 

VW


Holzhaus ini bermula sebagai sebuah VW Beetle 1302 tahun 1970, sebelum ia diubah menjadi rumah bergerak oleh sekumpulan tukang kayu Alpine pada tahun 1995 dengan menambah badan kayu pada casis asal.

Binaan kayu tersebut diinspirasikan daripada calet Alpine, sebelum dihiasi dengan patung burung helang gangsa pada bahagian bumbung, serta terdapat cerobong asap pada bahagian belakang.

Terdapat juga lukisan mural yang menghiasi bahagian hadapan rumah bergerak ini, diikuti penutup rim pada keempat-empat roda, serta pada bahagian papan pemuka.
 

VW


Tempat duduk hadapan membawakan rekaan kayu yang klasik, sementara di bahagian belakang terdapat bangku tiga sisi dan meja bulat di bahagian tengah.

Masih ingat cerobong asap yang disebutkan tadi? Ia bertujuan untuk menyalurkan asap pembakaran daripada tempat perapian (fireplace) di sudut belakang.

Ia masih lagi mengekalkan nadi flat-four 1.6 liter sejukan udara yang 'masih lagi berkhidmat cemerlang', namun ia memerlukan pemeriksaan teknikal sebelum boleh dilepaskan kepada pemilik baharu.
 

VWW


Setakat ini, jumlah bidaan yang terkumpul kini mencecah 6,801 euro (RM34,676).

Untuk makluman, rumah bergerak VW Beetle kustom ini pernah menyertai pelbagai acara Alpine Club, termasuklah menjadi bar dan kaunter tiket bergerak untuk acara perjumpaan pemilik Volkswagen.

Sumber: Catawiki