VW beli teknologi swapandu daripada syarikat Israel bernilai RM17.8 bilion

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif Volkswagen dilapor akan membeli teknologi pemanduan autonomi daripada syarikat Israel - Innoviz Technologies dalam satu perjanjian bernilai $4 bilion (RM17.8 bilion).

Perjanjian yang termeterai antara kumpulan teknologi VW CARIAD itu akan turut merangkumi komponen perisian dan perkakasan termasuklah penderia laser LiDAR untuk kegunaan di dalam teknologi bantuan pemandu termaju dan kenderaan swapandu menjelang pertengahan dekad ini.

CARIAD sebelum ini telah mengumumkan beberapa kerjasama teknikal sepanjang tahun 2022, termasuklah dengan Bosch, Qualcomm, dan STMicroelectronics.
 

innoviz


Menerusi kerjasama dengan Bosch, CARIAD mahu menawarkan fungsi pemanduan bebas tangan untuk armada kenderaan syarikat itu bermula tahun 2023.

Sementara itu, Innoviz yang turut mempunyai perjanjian dengan BMW sebelum ini telah menerima pelaburan daripada nama terkemuka seperti Magna International dan Harman International, dan kini syarikat itu dinilaikan sebanyak hampir $500 juta (RM2.23 bilion).

Menurut Innoviz, teknologi LiDAR dan perisian yang digunakan pada ketika ini mampu menawarkan penglihatan yang jauh lebih baik berbanding pemandu manusia, dan mengurangkan kemungkinan ralat.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka Bentuk Luaran Baharu     Generasi kedua T-Roc menampilkan reka bentuk yang lebih ekspresif…
Uncategorized
  Syarikat juga bertindak sebagai pengimport dan pengedar tunggal kenderaan Bugatti dan Rimac di…
Uncategorized
  ID.3 Pro S dengan kapasiti bateri bersih 77 kWj telah diuji sejauh lebih daripada 160,000…