VW cari rakan kongsi untuk Ducati - sekali lagi!

oleh HEZERI SAMSURI|
CEO untuk Kumpulan Volkswagen, Herbert Diess berkata baru-baru ini bahawa Ducati mungkin akan digabungkan dengan jenama pesaingnya atau menjadi rakan sekutu dengan syarikat motosikal yang lain.

Beliau berkata sedemikian kerana melihat Ducati sukar untuk bekerjasama dengan jenama-jenama lain di dalam kumpulan itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"Status Ducati sebagai ikon motosikal sahaja di dalam Kumpulan Volkswagen tidak mencukupi," ujar Diess yang mengambil alih kuasa kumpulan Jerman itu pada bulan April lalu.

VW masih lagi mempunyai masalah dalaman dari segi pengurusan dan juga permasalahan jenama-jenamanya.

Diess nampaknya tidak berminat dengan Ducati dan mempunyai pendapat yang bercanggah dari pengurusan sebelum ini yang mahukan jenama Lamborghini menjadi lebih kuat dengan wujudnya Ducati.

Namun begitu, dengan pasaran motosikal premium yang semakin mengecil tetapi kos R&D yang meningkatkan, kesemua syarikat motosikal perlukan model-model yang lebih murah untuk terus hidup.

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…