VW eShowroom kini papar ketersediaan model kenderaan dalam masa nyata

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini mengemaskini paparan laman web bilik pameran maya (eShowroom) yang mampu memudahkan pelanggan yang mahu mencari dan membeli sebuah kenderaan VW baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laman web eShowroom itu kini berupaya memaparkan ketersediaan unit jualan yang ada di setiap pusat pengedar di seluruh negara dalam masa nyata.
 

eShowroom


Menggunakan konsep "apa yang anda lihat, itu yang anda dapat", hanya model yang tersedia di pengedar sahaja yang akan dipamerkan di dalam laman web tersebut.

Pelanggan kini boleh menggunakan fungsi carian model yang dikehendaki, dan memilih untuk membuat tempahan pandu uji, atau menempah terus unit yang dimahukan secara dalam talian dengan yuran tempahan RM1,500 sahaja.
 

eShowroom


Selepas itu, pelanggan akan dihubungi oleh pusat pengedar yang dipilih untuk melengkapkan proses pembelian seterusnya.

Bersempena dengan sambutan Merdeka dan Hari Malaysia, VPCM kini menawarkan rebat bernilai RM500 untuk setiap tempahan yang dibuat menerusi laman web eShowroom.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…