VW Golf Match, GT dan R-Line Edition, model akhir sebelum Golf Mk8

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen Golf generasi kelapan (Mk8) bakal dilancarkan tidak lama lagi dan ia tidak menghalang model sedia ada diperkemaskan. Di United Kingdom, tiga varian baharu diperkenalkan iaitu Golf Match Edition, GT Edition dan R-Line Edition.

Golf generasi ketujuh (Mk7) dilancarkan pada 2012 dan ia masih lagi model terlaris VW di UK. Salah satu sebab Golf sentiasa digemari ialah reka bentuk yang tak makan dek usia. Tambahan pula, VW mengemaskannya dengan melancarkan Golf 7.5 pada November 2016.

Tiga varian baharu yang dilancarkan di UK ini menggantikan Match, GT dan R-Line dan lebih menarik apabila ia GBP£400 (RM2,090) lebih mahal daripada sebelum ini.

Peningkatan harga tersebut sebenarnya didatangkan dengan nilai sebenar berjumlah GBP£1,910 (RM9,981) apabila dipesan secara berasingan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Volkswagen Golf Mk8
Volkswagen Golf Mk8

 

Di antara kelengkapan baharu ialah kawalan suhu dua zon, lampu utama LED dan pek musim luruh (Winter Pack).

Ciri dalam pek tersebut ialah kerusi depan dengan pemanas, pembasuh lampu depan, pembasuh tembakan air cermin depan dengan pemanas dan lampu amaran untuk tahap air rendah pada takungan pembasuh.

Satu tradisi tentang VW UK ialah varian Edition seperti Golf ini diperkenalkan dalam tempoh akhir sesebuah model itu berada di pasaran.

Ini contoh yang menarik, daripada mengurangkan harga VW menambah nilai supaya ia menjadi pakej berbaloi untuk dibeli.

Tidak semua pengguna mahu model baharu, ada yang memadai dengan model sedia ada lagi pula Golf mempunyai reputasi kukuh dan sudah 45 tahun berada di pasaran.

 

Volkswagen Golf R-Line Edition

 

Satu lagi stratergi VW ialah model gantian Golf lebih bersifat evolusi berbanding revolusi. Reka bentuk Golf generasi kelima, keenam dan ketujuh dipinda secara sederhana supaya model-model yang sedang dimiliki pembeli kekal relevan.

Pada penghujung bulan lalu kami siarkan tentang Golf generasi baharu dan dari gambar celoreng tersebut ia masih kekal dengan prinsip rekaan Golf sekarang. Cuma perbezaan ketara ialah pada teknologi terkini yang mengikut peredaran masa.

Harga VW Golf Match Edition di UK bermula dari GBP£22,135 (RM115,754), GT Edition dari GBP£25,260 (RM132,096) dan R-Line Edition GBP£27,030 (RM141,352).

Tempahan sudah dibuka dengan penghantaran bermula Oktober depan yang bermakna masih ada masa sebelum Golf baharu dilancarkan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebagai contoh, berbeza dengan R-Line, Golf Black Edition dipasang rim Bergamo 18 inci warna…
Berita Global
Volkswagen Golf Mk9 (generasi kesembilan) akan menjadi model VW pertama yang dibangun menggunakan…
Berita Global
Sepanjang tempoh tersebut, supermini Perancis itu berjaya mencatatkan angka jualan 206,816 unit,…