VW Group dapat tawaran jual Lamborghini pada harga €7.5 bilion!

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, VW Group diberitakan tidak akan menjual jenama Lamborghini, Bentley, dan Ducati walaupun pelbagai khabar angin telah pun berlegar di alam maya.

Namun begitu, laporan terbaharu daripada Autocar mendakwa VW Group telah mendapat tawaran daripada Quantum Group AG untuk membeli Lamborghini dengan nilai mencecah €7.5 bilion (RM38 bilion).

Quantum Group AG bukan sahaja mahu membeli nama Lamborghini, malah pihak tersebut bercadang untuk membeli keseluruhan fasiliti Lamborghini yang terletak di Sant'Agata, Itali serta operasi permotoran jenamatersebut.

Menurut dokumen yang diperoleh Autocar, Quantum mahu membentuk kembali jenama supercar itu untuk "menerajui inovasi dengan memperlihatkan teknologi trenkuasa baharu yang bersih secara konsisten".

Quantum juga dilaporkan mahukan akses teknologi kenderaan elektrik dikongsikan kepada Audi, serta mencadangkan pembukaan fasiliti Advanced Automotive Innovation Centre di Jerman bagi membangunkan bateri EV.

Setakat ini tiada sebarang pengesahan diberikan sama ada VW Group akan menerima tawaran tersebut.

Sumber: Autocar

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan daripada Car Magazine UK memetik sumber yang rapat dengan isu tersebut menyebut bahawa…
Berita Global
Jumlah penguasaan tersebut terus meningkat kepada angka 99.64 peratus, namun langkah terbaharu yang…
Berita Global
Lihat sahaja kepada jenama Datsun yang sempat bertahan selama beberapa tahun, itu pun dikritik…