VW ID. Buzz Long Wheelbase masuk Amerika Utara, lantai panjang, kuasa bertambah!

oleh Muhammad Md Tajudin|
VW ID. Buzz Long Wheelbase
VW ID. Buzz Long Wheelbase
Ramai yang gemarkan model klasik Volkswagen seperti Bus (Kombi) dan Beetle namun minat tersebut bertambah-tambah apabila melibatkan Amerika Syarikat.

VW Bus menjadi objek gaya hidup dan Beetle diberi watak utama di dalam filem Amerika Syarikat. Itulah penangan kenderaan klasik buatan Jerman.

Ada lagi sebenarnya, Jetta dan Touran diberi watak di dalam filem permotoran yang kini sudah memasuki edisi kesepuluh.

Apabila VW memperkenalkan ID. Buzz di Eropah, timbul keterujaan kerana pengaruh besar Bus yang dibawa namun pengguna di Amerika Syarikat perlu bersabar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
VW ID. Buzz Long Wheelbase

 

Tempoh bersabar nampaknya bakal berakhir apabila VW memperkenalkan ID. Buzz Long Wheelbase (LWB) pada 2 Jun di Los Angeles.

Susur galur Bus sebenarnya bersambung dengan van Transporter dan kali terakhir pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada menikmatinya melalui model T4 dan dihentikan pada 2004.

Walaupun lama tiada pengganti, model klasik dengan enjin di belakang masih boleh dilihat di merata tempat di Amerika Syarikat pada hari ini.

Disebabkan itu, pengenalan ID. Buzz dilihat mempunyai potensi untuk kembali mencetuskan fenomena.

 

Volkswagen ID. Buzz SWB Eropah
Volkswagen ID. Buzz Cargo dan ID. Buzz SWB Eropah

 

ID. Buzz yang dijual di Eropah lebih pendek (Short Wheelbase/SWB) dan apabila berada di benua itu bermakna pasaran tempatan turut menerima manfaat.

Pengimport bebas membawanya ke sini dan berapakah harganya? Sekitar RM500,000 dan ID. Buzz bukan seringkas Bus dahulu

Selepas Los Angeles, ID. Buzz akan diperkenal di Hanover, Jerman pada 23 Jun.

Dari segi dimensi ID. Buzz LWB berukuran 4,962 mm panjang dan saiz sesuai untuk Amerika Utara. 

 

VW ID. Buzz Long Wheelbase

 

Saiz itu disumbang penambahan jarak roda sebanyak 250 mm berbanding ID. Buzz SWB.

Lantai lebih panjang bermakna lebih ruang untuk memuatkan kerusi baris ketiga dan kapasiti simpanan barang juga bertambah kepada 2,469 liter. 

VW bukan setakat memanjangkan lantai, ID. Buzz LWB mempunyai bateri lebih besar 85 kilowatt-jam (kWj) dan diterjemah kepada jarak pandu lebih jauh.

Pam pemanas juga baharu dan meningkatkan kecekapan pada musim sejuk.

 

VW ID. Buzz Long Wheelbase

 

ID. Buzz LWB turut ditawarkan dalam versi 210 kW (286 kuasa kuda) dan had kelajuan maksimum ditingkatkan kepada 160 kilometer sejam (km/j).

Prestasi itu lebih tinggi berbanding ID. Buzz Eropah dengan output 150 kW dan kelajuan maksimum 145 km/j.

Dari segi prestasi, ID. Buzz LWB boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 7.9 saat.

Ada lagi yang lebih berkuasa, ID. Buzz GTX (pacuan semua roda) mempunyai output 250 kW (339 hp) dan boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.4 saat.

 

Volkswagen ID. Buzz SWB Eropah
Volkswagen ID. Buzz SWB Eropah

 

Lagi ciri baharu seperti papar pandu, sistem maklumat hibur terkini dan parkir kawalan jauh melalui telefon pintar. 

Satu yang menonjol pada ID. Buzz LWB ialah bumbung suria panoramik yang mengingatkan kepada Samba Bus era 50-an.

Berukuran 1.5 meter persegi, bumbung kaca itu paling besar untuk sebuah model VW. 

Bukan sekadar bumbung biasa, cermin lutsinar boleh bertukar kepada kabur dan sebaliknya melalui butang kawalan atau arah suara.

 

VW ID. Buzz Long Wheelbase

 

ID. Buzz LWB pasaran Amerika Utara juga dilengkapi kerusi dengan penyaman udara dan logo VW pada bahagian depan yang bercahaya.

Pelanggan di Amerika Syarikat dan Kanada akan menerima ID. Buzz mereka pada 2024.

Kesemua ID. Buzz dikeluarkan di kilang Volkswagen Commercial Vehicles di Hanover, lokasi sama Multivan dan Bulli T6.1 dipasang.

Penulis: Muhammad Md Tajudin