VW Kombi Back To The Future!

oleh HEZERI SAMSURI|
Pakar restorasi dari Nashville, USA, Velocity Motocars menghasilkan sebuah Volkswagen Kombi dengan sentuhan DeLorean, kereta yang diguna-pakai dalam filem Back To The Future.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kombi 1967 ini diolah kembali luar dan dalam, dan yang paling menarik ialah pintu gull-wing ala kereta DeLorean dan juga panel badan stainless steel yang tidak menggunakan setitik cat pun.

Ia juga mempunyai panel suis ala jentera masa itu dan replika flux capacitor, komponen penting dalam filem itu.

Harga jualan unit ialah US$89,995 atau RM374,000 sahaja.