Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg dan pada 2024, Volkswagen mahu R berkembang sendiri menjadi jenama bebas.
Antara perancangan utamanya adalah untuk membuka bahagian Volkswagen R khusus di taman tema Autostadt di Wolfsburg, di mana ia merupakan tarikan pelawat yang terletak berhampiran kilang syarikat itu.
Setiap tahun, kira-kira dua juta orang melawat Autostadt yang dikhaskan untuk jenama VW Group.
VW berkata barisan R akan berkembang secara beransur-ansur pada tahun-tahun yang akan datang dengan EV yang bakal ditambah dalam rancangan itu.
Proses ini telah pun dimulakan dengan Touareg R yang lengkap dengan rangkaian kuasa V6 plug-in hibrid.
Keputusan VW untuk R berdiri sendiri daripada jenama utama adalah bermula pada 2020 apabila ia menjadi unit perniagaan yang berasingan.
Sama seperti jenama dibawah naungan VW Group yang lain, iaitu Audi, ia mengasingkan entiti Audi Sport daripada Audi.
Mengenai masa depan, VW berkata Golf generasi kesembilan akan menggunakan elektrik secara eksklusif, walaubagaimanapun, belum dikenalpasti adakah ia bakal menjadi model R elektrik pertama atau bukan.
Untuk maklumat tambahan, R telah menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding sebelum ini kerana lebih daripada 35,000 kereta dihasilkan pada 2023 dan telah menjual sebanyak 300,000 kenderaan berlencana R sejak 2002.
SUMBER : Motor1