VW T-Roc diiktiraf model convertible paling laris di Eropah, Miata kalah!

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, Volkswagen sebenarnya ada menawarkan model SUV cabriolet pada tahun 2019 menerusi model T-Roc Cabriolet.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Idea SUV yang aneh tapi unik tersebut mungkin kurang disenangi sesetengah pihak, namun data jualan yang diperoleh tahun ini menunjukkan populariti SUV tersebut di kalangan pengguna di Eropah.

Menurut laporan daripada Dataforce (menerusi Automotive News Europe), model coupe/cabriolet yang paling popular di benua Eropah pada tahun ini sebenarnya telah disandang oleh VW T-Roc Cabriolet!
 

t-roc


Sepanjang tujuh bulan pertama tahun 2023, Volkswagen telah mengedarkan sebanyak 8,732 unit T-Roc Cabriolet, dengan peningkatan sebanyak 9.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Ini bermakna, populariti T-Roc Cabriolet telah berjaya mengalahkan model ditempat kedua, iaitu Mazda MX-5 Miata dengan jumlah jualan sebanyak 4,570 unit (+53.9 peratus).

Di tempat ketiga pula jatuh kepada Alpine 110 dengan 2,155 unit (peningkatan sebanyak 16.8 peratus).
 

mx5


Untuk model crossover T-Roc konvensional, Volkswagen memasang model tersebut di kilang Palmela, Portugal, namun model dua pintu T-Roc Cabriolet pula dipasang di kilang  Osnabrück, Jerman.

Dalam tempoh yang sama, Ford mengedarkan 1,921 unit Mustang, sementara Toyota telah berjaya menjual 934 unit GR86, diikuti dengan 584 unit GR Supra manakala Subaru pula sekadar menjual 327 unit BRZ.

Sementara dalam segmen premium, Dataforce membahagikannya kepada dua kategori yang berasingan.

Dalam kategori coupe, model yang paling laris dipegang oleh Porsche 911 (8,216 unit) sementara kategori convertible pula dipegang oleh MINI One/Cooper Convertible (13,750 unit).

Sumber: Automotive News Europe