VW Tarek - crossover aras mula dari Volkswagen, lebih kecil dari Tiguan

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tidak cukup dengan penawaran crossover sedia ada, Volkswagen memberikan petunjuk bahawa mereka akan hadir dengan sebuah lagi crossover aras mula. 

Disasarkan untuk pasaran Amerika, sumber memberitahu ia merupakan model penambahbaikan daripada crossover Tharu yang dikhususkan untuk pasaran China. 

Berita ini diumumkan oleh Volkswagen ketika satu acara yang dianjurkan di fasiliti pemasangan Pacheco yang kini memasang model Amarok dan Suran. 
 


Menurut Autoblog Argentina, crossover aras mula ini akan dipasang bermula pada tahun 2021. 

Ia dibangunkan menggunakan platform MQB dan diposisikan antara model T-Cross dan Tiguan AllSpace. 

Jadi, ini bermakna Tarek akan bersaing rapat dengan model-model crossover seperti Jeep Compass, Ford Escape, Hyundai Tucson dan Kia Sportage. 

Volkswagen Tarek akan dipacu menggunakan enjin 1.4 liter turbo yang mampu menjana 148 hp dan dipadankan dengan transmisi automatik enam nisbah kelajuan. 
 


Walaupun ia dibangunkan berdasarkan model pasaran China Tharu, menurut jurucakap Volkswagen, Leonardo Ezcurra memberitahu ia akan hadir dengan penggayaan yang lebih agresif selain perubahan yang minima di bahagian dalaman. 

Dari segi dimensi, ia mempunyai panjang 4,468 mm, 1,841 mm lebar dan tinggi 1,624 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,681 mm. 

Jika dibandingkan dengan Tiguan, dimensi Tarek lebih pendek dengan jarak antara roda 109 mm lebih kecil. 
 


Tambah Leonardo Ezcurra lagi, model ini juga akan dipertimbangkan untuk hadir dengan versi pacuan semua roda, dan ia akan dikhususkan buat pasaran Amerika Utara dan Amerika Selatan.