VW Tiguan Allspace Life turun harga, kini dari RM159,990

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan harga jualan baharu bagi SUV tiga baris tempat duduk Tiguan Allspace Life.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Berbanding harga yang diumumkan sebelum ini (RM172,900), pembeli boleh mendapatkan Tiguan Allspace Life dengan harga baharu bermula dari RM159,990 yang akan berkuatkuasa bermula Januari 2023.

Tiguan Allspace Life merupakan varian Tiguan aras mula yang masih lagi mampu menawarkan ciri-ciri terbaik seperti unit lampu LED, ruang kabin yang selesa, serta konfigurasi tujuh tempat duduk dengan ruang kargo yang mampu mencapai sehingga 1,775 liter.
 

Tiguan


Ia dikuasakan oleh enjin 1.4 TSI yang mampu menjana kuasa setinggi 150 PS dan daya kilas 250 Nm yang dipadankan dengan transmisi DSG enam nisbah kelajuan.

Bacaan penggunaan bahan api pula adalah sekitar 7.7 liter untuk setiap 100 km.

Setiap pembelian Tiguan Allspace Life didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, bantuan tepi jalan selama lima tahun dan pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dinamakan sempena bandar Wolfsburg di Jerman – tempat asal kelahiran jenama Volkswagen – edisi khas…
Pelancaran
Ditawarkan pada harga pengenalan RM243,990.00 (termasuk Volkswagen Assurance Package), pembeli akan…
Berita Domestik
Inisiatif tersebut membolehkan para pemilik Volkswagen menikmati diskaun sehingga 30 peratus alat…