VW UK tawar program pandu uji campervan seminggu!

oleh Mohamad Hanif|
Trend campervan/motorhome di negara kita mula meningkat naik semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan beberapa tahun yang lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sejak daripada itu, banyak pihak telah mula membawa masuk beberapa model campervan/motorhome, atau menawarkan perkhidmatan mengubahsuai kenderaan seperti van atau trak pikap kepada mereka yang berminat.

Tinggal hulur duit sahaja, dan tunggu kenderaan anda siap.
 

California


Di UK, Volkswagen mengembangkan lagi program "Try Before You Buy" kepada pembeli prospektif untuk mencuba sendiri barisan model camper termasuklah Transporter T6.1 California dan Caddy California selama tujuh hari.

Menurut VW UK, program ini membolehkan golongan keluarga dan peminat aktiviti luar untuk menjelajah seluruh UK di dalam campervan California - cukup lama untuk menguji segala aksesori, kelengkapan dan kemudahan yang ditawarkan dalam dunia sebenar.
 

VW


Volkswagen Commercial Vehicles mengenakan bayaran bermula dari £499 seminggu (RM2,992) untuk Caddy California, dan meningkat kepada £999/minggu (RM5,990) untuk model Transporter T6.1 California yang lebih besar, dengan jaminan pulangan semula wang sekiranya pelanggan meletakkan tempahan untuk salah satu daripada model tersebut.

Harga jualan Caddy California di UK bermula dari £32,229 (RM193,231) sementara Transporter T6.1 California pula bermula dari £60,428 (RM362,301).
 

California


Program "Try Before You Buy" ini turut menawarkan barisan kenderaan elektrik termasuklah ID.3, serta dua model baharu yang bakal ditawarkan kelak iaitu ID.Buzz dan ID.Buzz Cargo.