VW umum Golf R Mk7 dihentikan produksi

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen nampaknya mengambil langkah drastik memberhentikan penawaran beberapa varian Golf untuk model tahun 2020 untuk mempersiapkan diri bagi pelancaran Golf generasi baharu Mk8.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini termasuklah menghentikan produksi model hot hatch Golf R Mk7 dan laporan ini disahkan sendiri oleh Volkswagen kepada laman web Motor Authority. 

Bermakna, Golf R kini mengikuti jejak langkah yang dibuat terhadap Golf Alltrack dan juga Golf Sportwagen, memberikan petanda bahawa Golf Mk8 hanya akan ditawarkan dalam beberapa varian tertentu sahaja. 

Malah, terdapat laporan sebelum ini yang menyebut bahawa pasaran seperti Amerika Syarikat hanya akan menerima Golf GTi dan Golf R sahaja, manakala varian asas tidak akan ditawarkan bermula dari Golf Mk8. 

Golf Mk8 dibangunkan menggunakan platform MQB dan pilihan enjin yang dilengkapi dengan ciri mild-hybrid 12V atau hibrid 48V. 

Versi lebih tinggi pula akan menerima enjin diesel 2.0 liter EA288 Evo manakala Golf GTI pula akan tampil dengan sistem elektrik 48V yang dipadankan pada enjin petrol 2.0 liter.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…