Membezakan antara platform EVR dengan EVRh ialah pek bateri besar 85 kWh yang telah digantikan dengan sistem sel bahan api hidrogen.
Kuasa yang dihasilkan oleh sistem sel bahan api itu akan disimpan pada pek bateri yang terletak di bahagian tengah kereta, bertujuan untuk pengagihan berat yang optimum.
Secara keseluruhan, EVRh ini mampu menjana kuasa setinggi 577 hp dan menawarkan jarak gerak sejauh 600 km untuk setangki hidrogen penuh.
Dengan binaan bahan komposit, WAE Technologies mendakwa pengeluar boleh membina kereta sports dengan berat kurang daripada 1,900 kg, dan boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 2.5 saat.
Selain daripada menyokong konfigurasi pacuan roda belakang dan pacuan semua roda, platform EVRh ini boleh dimuatkan dengan sistem aerodinamik aktif yang termaju.
Semua ini membolehkan supercar yang mengguna pakai platform EVRh melakukan pusingan di Litar Nurburgring sepantas 7 minit 20 saat.
Dengan adanya dua platform EVR dan EVRh yang berbeza, WAE Technologies menjelaskan syarikat pengeluar (pihak ketiga) boleh menawarkan supercar berkuasa elektrik dan hidrogen dalam masa yang singkat, dengan tempoh dan kos pembangunan yang minima.