Wagon pantas Mercedes-AMG CLA 45 S dapat sentuhan VÄTH, kuasa setinggi 490 hp, 620 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam keadaan standard, mana-mana penawaran A-Class versi AMG 45 S (A 45 S atau CLA 45 S) sudah lebih daripada cukup untuk memalukan pihak lawan.

Nadi empat silinder sebaris M139 yang dibekalkan dari kilang itu berupaya menghamburkan kuasa setinggi 421 hp dan 500 Nm.
 

CLA 45 S


Namun, rumah penala yang berasal dari Jerman, VÄTH nampaknya sudah berani mengusik enjin empat silinder paling berkuasa di dunia itu supaya menjadi lebih bertenaga.

Dengan hanya mengubah sistem perpaipan dan perisian yang bersesuaian, CLA 45 S AMG ini mampu menghasilkan output setinggi 490 hp dan 620 Nm!
 

CLA 45


Menurut VÄTH, CLA 45 S AMG ini mampu memecut sepantas 2.7 saat dari pegun ke 100 km/j.

Sistem ekzos baharu itu juga turut didatangkan dengan kawalan kepak, sementara aspek pemberhentian jentera ini diserahkan kepada angkup brek enam omboh di depan untuk mencengkam rotor sebesar 390 mm, diikuti dengan sistem saliran brek jenis braided.
 

CLA 45S


Untuk memastikan model Shooting Brake AMG ini mempunyai penampilan yang gagah, penala Jerman itu telah memasang set spring baharu yang merendahkan ketinggian sebanyak 20 mm, sebelum dipadankan dengan rim bersaiz 20 inci yang dibaluti tayar 265/35.

Baca: Mercedes-AMG CLA 45 S Shooting Brake

Berita Berkenaan

Pelancaran
Hadir dalam varian tunggal AMG EQE 53 4MATIC+, ia turut menampilkan tetapan motor elektrik…
Pelancaran
Dari segi kuasa, EQS 53 4MATIC+ membawakan tetapan dua motor elektrik yang mampu menjana kuasa 658…
Berita Global
Model 'super grand tourer' DB12 itu dilihat menampilkan beberapa pembaharuan terutama pada bahagian…