Wajarkah warga emas dibenarkan memandu?

oleh Penyumbang Rencana 2|
Pada tahun 2030 warganegara Malaysia yang berusia 60 tahun akan meningkat melebihi  15 peratus mengikut laporan Dasar Warga Emas Negara yang diterbitkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Data ini juga dibentangkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2009.

Kurang dari 11 tahun lagi mereka yang berusia  49 tahun sekarang akan menjadi warga emas dan menjadi populasi warga emas paling tinggi yang akan rekodkan di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Laporan yang dikeluarkan oleh Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) yang berpusat di Amerika Syarikat pemandu warga emas lebih banyak melakukan kesilapan ketika memandu yang menyebabkan kemalangan jalan raya, antara kegagalan yang dilakukan : 

 

  • Gagal mematuhi lampu isyarat dan papan tanda
  • Keluar dan masuk simpang dengan cara tidak selamat
  • Gagal memberi ruang kepada pengguna jalan raya yang lain.

Faktor ini didorong oleh peningkatan usia yang disebabkan oleh kemerosotan tahap kesihatan, kecerdasan yang berkurangan dan kemerosotan memberi tindak balas. Pada tahun 2003 sehingga 2011 data di Amerika Syarikat menunjukkan mereka yang berusia lebih 65 tahun lebih tinggi risiko mengalami kecederaan walaupun bukan disebabkan kemalangan jalanraya.

 

 

Laporan akhbar The Star bertajuk "The age factor for driving and vehicle" yang diterbitkan dalam tahun 2016 melaporkan ada syarikat insuran menarik balik perlindungan insuran bagi pemandu yang berumur lebih 65 tahun.

Di US pula, laman sesawang Debate.org membuka ruang undian had maksimum memiliki lesen memandu kenderaan, 65 peratus respoden bersetuju had umur maksimum memiliki lesen memandu kenderaan diperkenalkan.

American Association of Retired Person (AARP) memberi nasihat dan panduan kepada warga emas untuk mula berhenti dan bersara dari memandu kenderaan, berikut adalah tanda-tanda :

  • Tindak balas lambat terhadap persekitaran ketika memandu 
  • Mudah hilang tumpuan ketika memandu
  • Mudah cemas dan hilang keyakinan ketika memandu
  • Kesukaran mengekalkan kedudukan kenderaan di lorong pemanduan
  • Mula terlibat dengan kemalangan kecil menyebabkan kenderaan mula calar dan kemik kecil
  • Mula memandu terlalu perlahan atau terlalu laju tidak sesuai dengan keadaan jalan raya

 

 

Solusi jangak pendek untuk warga emas yang ingin memandu kenderaan :

  • Sihat tubuh badan
  • Elakkan memandu untuk jarak jauh dan tempoh memandu yang lama
  • Elakkan memandu bersendirian
  • Memandu waktu siang sahaja
  • Elakkan memandu ketika cuaca buruk
  • Elakkan gangguan ketika memandu, contoh : peta navigasi digital dan telefon pintar
  • Gunakan kenderaan yang bersesuaian seperti transmisi automatik, steering kuasa, kamera video pandang belakang, dan sistem brek autonomi. 

 

 

Solusi jangka panjang :

  • Gunakan kenderaan e-hailing seprti Grab
  • Kenderaan autonomi, walaupun tiada pengeluar kenderaan menawarkan kenderaan autonomi sepenuhnya buat masa sekarang, beberapa syarikat telah menguji kenderaan tanpa roda stereng.  Contohnya General Motor dan Tesla telah menguji dan mempertontonkan kenderaan tanpa steering.

Kereta autonomi tanpa pemandu dijangka akan mengatasi lebih 95 peratus faktor kemalangan jalanraya yang disebabkan dari manusia.

Dasar Automotif Negara yang bakal dilancarkan kelak dijangka akan membuka lebih banyak peluang untuk menyiapkan negara bagi kehadiran kenderaan-kenderaan autonomi.

 

*Artikel disumbangkan oleh Muhamad Qalif Latif