Beliau berkata wanita itu yang dikenal pasti sebagai gelandangan telah masuk ke Malaysia empat tahun lepas sebagai pelancong, namun gagal pulang ke negara asalnya akibat pandemik COVID-19 dan tidak mempunyai simpanan wang yang cukup.
Semasa pihak polis sampai di lokasi kejadian didapati wanita berkenaan bersama seekor anjing miliknya berada dalam keadaan mabuk dan bertindak agresif sebelum tangkapan dilakukan ke atasnya.
Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam manakala anjingnya diserahkan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk tindakan lanjut.
Artikel sepenuhnya di Bernama