Wanita warga emas rempuh tiang lampu semasa ujian memandu

oleh Penyumbang Rencana|
Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan detik kereta dipandu oleh seorang wanita berusia 63 tahun yang sedang mengambil ujian memandu, melanggar sebatang tiang lampu di Lanus, Argentina, lapor portal berita Metro.co.uk.


Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi (waktu tempatan) Rabu lalu, manakala rakaman tersebut tersebar di media sosial.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

 

Rakaman CCTV menunjukkan pemandu kereta tersebut gagal membelok ke kanan dengan sempurna dan gagal mengawal kenderaan. Kereta itu sebaliknya bergerak laju dan merempuh tiang lampu sebelum terbalik.

Anggota-anggota bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan pemandu wanita itu selepas kemalangan berlaku, demikian menurut media tempatan.

Mangsa yang dihantar ke sebuah hospital berdekatan bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan. 

Video di bawah:

 

 



 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Mangsa mendakwa berlaku perselisihan faham berkaitan tempat letak kereta dengan suspek yang…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati penunggang motosikal berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat untuk…
Berita Domestik
Difahamkan ketika kejadian, pelajar berkenaan dalam perjalanan dari arah Tenggara menghala ke kolej…