Warden sekolah agama maut, kereta rempuh tiang elektrik

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG warden asrama Sekolah Menengah Islam IQKL maut selepas kereta dipandunya terbabas sehingga merempuh tiang elektrik, di Kampung Lubuk Pusing, Selama, petang semalam.

Mangsa, Nurul Nadirah Jihadi, 28 tahun maut di lokasi kejadian dalam kemalangan kira-kira pukul 6.20 petang itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Selama, Supritendan Sarudin Samah berkata, mangsa dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke rumahnya.

 

"Perodua Bezza dipandu mangsa terbabas dan termasuk ke dalam longkang jalan sebelum merempuh tiang elektrik.

 

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan mayatnya dibawa ke Hospital Selama untuk bedah siasat," katanya.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.