Warga emas didenda RM10,000 kerana memandu dalam keadaan mabuk

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Seorang lelaki warga emas didenda RM10,000 selepas didapati bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol di Kota Kinabalu.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Majistret Nur Faezah Jafry menjatuhkan hukuman itu terhadap Sahid Asik pada Jumaat (17 Mei) dan memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda.

Nur Faezah turut menjatuhkan hukuman penjara sehari dan menggantung lesen memandu selama dua tahun terhadap lelaki berusia 64 tahun itu.

Mengikut fakta kes, ujian dari breathalyser ketika kejadian pada Februari lalu mendapati kandungan alkohol dalam darah tertuduh melebihi had undang-undang yang dibenarkan untuk memandu. Dia didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Rodi Wong manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

TheStar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dua kali ganda melebihi…
Berita Domestik
Beliau berkata, siasatan awal mendapati Toyota Hilux tersebut dipercayai telah melanggar belakang…
Berita Domestik
Mengikut kertas pertuduhan lelaki itu didakwa memandu kereta BMW 530i dibawah pengaruh alkohol…