Warga emas mati akibat berebut NGV di Sungai Besi

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang pemandu teksi maut akibat terbabit di dalam pergaduhan yang membabitkan seorang lagi pemandu teksi.

Kejadian yang berlaku jam 11 pagi tadi di stesen Petronas di Jalan Sungai Besi menyaksikan dua pemandu teksi warga emas berebut pam gas NGV.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang berusia 61 tahun itu dipukul sehingga mati oleh rakannya kerana tidak puas hati apabila salah seorang dari mereka memotong barisan untuk mengisi gas NGV.

Ketua Polis Daeerah Cheras, Assisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata mayat pemandu teksi warga tempatan itu ditemui terbaring di tempat kejadian.

 

 

"Kejadian dipercayai berlaku bila mangsa bergaduh dengan seorang lagi pemandu teksi yang berusia 65 tahun," terangnya.

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan polis sedang meneliti rakaman awal percakapan saksi (pekerja stesen minyak tersebut) dan juga rakaman kamera litar tertutup.

"Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujar Mohamed.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata Petronas bertanggungjawab memastikan stesennya tetap beroperasi untuk menyediakan…