Warga emas tunggang motosikal lawan arus, ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
Polis mengesan seorang lelaki warga emas disyaki menunggang motosikal dengan cara melawan arus tanpa memakai topi keledar di Kilometer 24, Lebuhraya Link Kedua arah utara di Iskandar Puteri, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan. berkata pihaknya mendapati lelaki berusia 80 tahun itu menunggang motosikal dengan cara songsang sejauh 700 meter.

"Lelaki warga emas itu menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda warna biru secara merbahaya dengan melawan arus dan tanpa memakai topi keledar.

"Selepas berjaya mengesannya, kita membawanya ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Iskandar Puteri untuk membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan media.

Terdahulu, tular video berdurasi 12 saat memaparkan sebuah motosikal ditunggang seorang warga emas berkopiah putih melawan arus di lebuh raya itu.

"Pihak polis turut menerima laporan daripada anak perempuan lelaki terbabit, yang mendakwa bapanya itu telah keluar dari rumah di Kota Tinggi, tanpa pengetahuan keluarga.

"Warga emas itu turut dilaporkan menghidap penyakit Alzheimer, namun pihak polis masih menunggu pengesahan doktor," katanya.

Kes akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Kumarasan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

MalaysiaGazette

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima…
Berita Domestik
Mahkamah mengekalkan hukuman denda RM6,000 serta pembatalan lesen memandu selama lima tahun yang…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi apabila suspek memandu kenderaan…