Warna baharu Passion Red Pearl untuk Jazz, City dan CR-V

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena dengan musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi, Honda Malaysia mengumumkan penawaran warna baharu untuk tiga model pemasangan tempatan (CKD), iaitu warna Passion Red Pearl

Warna baharu ini akan menggantikan warna Carnival Red (Honda Jazz), Dark Ruby Red (Honda City) dan Obsidian Blue Pearl (Honda CR-V).

Berdasarkan rekod jualan, Passion Red Pearl mencatatkan jumlah jualan yang memberangsangkan semenjak ia diperkenalkan pada Honda HR-V serba baharu pada awal tahun lalu. 
 


Menurut Pengarah Urusan Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, sehingga April 2019 Honda Malaysia masih mengekalkan kedudukan nombor satu di dalam segmen Bukan Nasional dan tempat kedua Jumlah Keseluruhan Industri (TIV). 

Honda City kekal sebagai sedan terlaris Honda selain menjadi pendahulu di dalam segmen B, dan diikuti oleh Honda Jazz selaku pendahulu hatchback segmen kategori Bukan Nasional.

Ketiga-tiga model Jazz, City dan CR-V dengan warna baharu ini boleh dilihat menerusi pusat pameran Honda di seluruh negara.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Honda Jazz Crosstar 2023   Bahagian dalam lampu puncak kini lebih gelap dan Honda turut…
Berita Domestik
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Syarina Shaarani @ Tan terhadap lelaki…
Berita Global
Selain daripada varian seperti Basic, Home, Luxe, dan juga Crosstar, Honda Fit kini boleh didapati…