Watak Brian O'Conner mungkin kembali dalam filem Fast & Furious 10 dan 11

oleh Mohamad Hanif|
Meskipun wabak pandemik masih lagi belum reda, filem aksi F9 The Fast Saga berjaya meraih kutipan tiket sebanyak $70 juta ketika minggu pembukaan tayangan, tertinggi semenjak filem Star Wars: The Rise of Skywalker.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selepas filem F9: The Fast Saga, francais Fast & Furious bakal dihidangkan dengan dua buah filem terakhir (10 & 11) sebelum ia ditamatkan secara rasmi.

Menurut laporan daripada Screenrant, pengarah filem francais tersebut, Justin Lin memberikan bayangan kemunculan semula watak yang dilakonkan oleh mendiang Paul Walker pada dua filem terakhir.

 


Paul Walker merupakan salah satu tunjang utama di dalam francais filem tersebut, di mana beliau muncul dalam hampir setiap filem (kecuali Tokyo Drift) sebelum kematian mengejut pada tahun 2013, ketika filem ketujuh Furious 7 masih lagi melakukan proses penggambaran.

Ketika ditemubual oleh CinePOP, Justin Lin menjelaskan kemunculan semula watak Paul Walker dalam filem Fast & Furious yang ke-10 dan ke-11 adalah tidak mustahil dengan bantuan daripada imej janaan komputer (CGI).

 


Ia bukanlah satu perkara yang baharu kerana selepas kematian Paul Walker, jalan cerita asal Furious 7 terpaksa diolah semula dan terdapat beberapa babak di mana watak Paul Walker itu 'dihidupkan semula' menerusi bantuan komputer, dan dilakonkan oleh adik beradiknya Cody dan Caleb.

Tidak dapat dinafikan, teknologi CGI kini semakin bertambah baik tahun demi tahun, dan tidak mustahil sekiranya kita dapat menyaksikan kembali aksi-aksi 'Paul Walker' sebelum francais tersebut ditamatkan secara rasmi.

 

Sumber: Screenrant

Berita Berkenaan

Berita Global
Apatah lagi ia kerap dikaitkan dengan watak Brian O'Conner yang dilakonkan oleh mendiang Paul…
Berita Global
Pembinaan model ini ditugaskan oleh Universal Studios, di mana ia dimodifikasikan oleh Daryl Alison…
Berita Global
Salah satu daripada unit tersebut merupakan model yang dipaparkan di dalam artikel kali ini, dan…